Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019
Imej
SUHU AIRCOND YANG SESUAI 16°c adalah suhu yang digemari oleh ramai pengguna aircond .  Tahukah anda sebenarnya dengan menetapkan suhu pada 16°c itu menyebabkan kompresor perlu bekerja berkali-kali ganda tanpa henti untuk mengekalkan suhu ruang pada kadar yang telah ditetapkan . Jadi, ianya akan meningkat kan jumlah penggunaan bil anda dan sekaligus  belanjawan bulanan anda akan meningkat wahai sahabat-sahabat sekalian....😢 Suhu 16° ibarat kita tengah berada di puncak Cameron Highland dengan tiupan angin yang kuat  .Kesian aircond kita,bayangkan lah aircond terpaksa bekerja keras untuk mencapai tahap kesejukkan yang kita inginkan. Suhu yang dicadangkan sebenarnya adalah dalam  22°-24°C. Suhu ini tidak jauh beza dengan suhu bilik,jadi kompresor atau outdoor tidak perlu lah 'bermandi peluh'   😵untuk kekalkan tahap suhu tersebut. Bila aircond beroperasi tanpa tekanan,maka penggunaan bil elektrik anda juga tidaklah melambung tinggi ! ...
Imej
DR ASIA AIRCOND & ELECTRICAL ENGINEERING adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menjalankan perniagaan berkaitan pendingin hawa dan elektrikal serta mekanikal. Kami memfokuskan kerja-kerja berkaitan pendingin hawa seperti membekal, pemasangan, penyelenggaraan dan membaiki kerosakan berkaitan pendingin hawa tersebut. Di samping itu, pihak syarikat juga menjalankan perniagaan seperti pendawaian elektrik, membekal dan memasang PA sistem, membekal peralatan elektrik, membekal mesin dan barang mekanikal, membekal dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan juga alarm system. Pelanggan-pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan daripada kami terdiri daripada pelbagai sektor seperti agensi-agensi kerajaan, sektor-sektor swasta, sektor-sektor industri dan juga individu perseorangan. DR ASIA AIRCOND & ELECTRICAL ENGINEERING adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kewangan M...